Thursday, June 18, 2009

Di Persimpangan Dilema

Kadang-kadang aku dalam dilema. Aku confuse. Celaru. Tak tau nak pilih yang mana satu. Susah nak buat keputusan. Dilema.. dilema.. dilema...

Ceritanya begini... kat kawasan rumah aku ni.. ada dua kedai runcit. Satu kedai runcit mamak. Satu lagi kedai runcit indon. Kadang-kadang tu.. bila emergency kena jugak beli kat kedai ni kan.. walaupun aku bajet.. harga diorang lebih besar dari biasa.. (memang ye pun..)



Misalnya, tengah2 nak masak tu.. tengok2 asam jawa dah habis.. Jadi.. terpaksalah secara sepantas kilatnya.. pergi dapatkan bekalan.. kalo tak nanti makanan tak menjadi. Jadi aku pun tukar baju sopan + sambar tudung + tekan lif. Sambil tu fikir.. kedai mana nak pegi ni ek.. mana satu yang aku rasa nak bagi keuntungan kepada mereka?

Aku nak menjana ekonomi negara.. jadi mana satu yang akan membantu menjana ekonomi negara ye? Kalo aku beli kat mamak nanti.. keuntungannya akan mengalir ke negara dia nun.. and same goes to kedai runcit tu... (see... sampai ke sana aku pikir... gilo!!). Bila lift dah sampai kat bawah... kaki aku kensel melangkah ke mana-mana kedai pun...


Akhirnya.. aku pergi kat parking.. start enjin keta... lalu berdesup untuk ke sini.....



Ye... ke Giant uols... semata mata untuk membeli Asam Jawa Adabi...! Hasilnya aku berjaya menjana ekonomi negara. Kenapa?

1. Aku drive - consume minyak keta - Petronas untung..!

2. Aku beli Asam Jawa kat Giant - Giant untung & boleh bayar gaji staff (Malaysian) untung!

3. Adabi pun untung jugak!



Sekian. Nak gi kerja.





Salam kasih.
s: gambar2 semua dari google image.
p/s: r .i.n.d.u!!!!

8 comments:

zino said...

itu kira ok juga tu .. kalau mem zino kata nak ke hypermarket tu nak beli satu barang.. bersiap sedia lah dengan satu troley hehe

PUTUBAMBU said...

kah..kah..!

baiknya conclusion....

adibah said...

zino,

sebab tu zino kena ikut.. untuk kawal dia belanja (dan tolong bayar) kan.. hehehe

adibah said...

Putu,

betul kan? haha

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

wahh kak! title x leh blah.. hehhe

betul kak. bek g jauh skit, kedai indon lagik hampeh, dia ketuk2 betul. dh mcm negara dorg dh dbuatnya.


aik.
r.i.n.d.u siapa?
hehehe

adibah said...

hazerin,

kedai runcit biasa selalunya mahal kan?

rindu 'dia' la... huhuhu

edzlin007 said...

ahaha memang menjana ekonomi negara. hebatla

adibah said...

edzlin007,

thank you :-)