Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day


Tahun ni.. kali pertama untuk aku sambut Hari Bapa tanpa seorang ayah. Sebenarnya, di Hari Bapa tahun lalu, aku dah terbayangkan, yang itu merupakan hari bapa yang terakir untuk aku dengan arwah ayah. Dan di tahun terakhir itu, aku sambut hari bapa (2008) dengan memberi layanan yang paling istimewa dan terbaik semampunya dari seorang anak kepada seorang ayah yang semakin uzur.



Dah hampir setahun ayah pergi. Semua orang kata "be strong". Ye.. betul.. Aku cuba untuk be strong. Cuma kadang-kadang, aku perlu tahan sebak dan airmata, bila berbual dengan Dikna. Bila dia bercerita tentang ayah.. ceritanya seperti ayah masih ada. Seperti ayah hanya keluar kota untuk sehari dua, dan akan pulang kembali. Aku faham dia rindu. Dia kehilangan. Sedangkan aku yang dah dewasa ini pun rindukan arwah ayah.. inikan pulak anak kecil seperti dia yang cuma 8 tahun bersama ayah tersayang.

Kepada sesiapa yang masih ada bapa, ayah, bapak, daddy, abi, ayahanda, papa atau apa sahaja panggilan... selamat menyambut hari bapa. Untuk semua daddy bloggers: Hazman aka Tukangtaip, Jamal, Fajar, MrPenyubiru, Zino dan semua daddy di dunia ini termasuk si MantanKekasih.. HAPPY FATHER'S DAY.

Aku harap aku akan sambut Hari Bapa kembali, di tahun mendatang.. dalam situasi yang berbeza.. insyaAllah..





Enjoy the video ya..



Salam kasih.

4 comments:

zino said...

selamat hari bapa kepada semua bapa ......sedekahkan banyak al-fatihah utk arwah bapa...

terima kasih...

al-fatihah.... amin

adibah said...

zino,

terima kasih.

kueh bakar said...

luv my dad...

adibah said...

kuehbakar,

lama tak singgah kan? sehat ke?

luy my dad too.. miss him.. :-(