Monday, June 22, 2009

All Time Favourite


Abang92 is my all time favourite movie. Azhar Sulaiman & Deana Yusoff ... memang best dalam citer nih.. Dua2 aku suka cara mereka berlakon... Citer ni aku rasa aku gi tengok lebih dari 3 kali.. Masa tu aku ada di Kuching. Panggung wayang apa ntah namanya kat tengah town. Tiket RM5 jer kot! Hehe.. Aku ingat lagi ada kawan aku yang siap bawak kertas kosong + pen, nak salin dialog. Hahaha. Gila!

Time tu AzharSulaiman ni memang menjadi kegilaan muda remaja! Ensem. Comel. Smart guy. Berlakon iklan sana sini. Dalam masa yang sama, juga jadi student architecture di ITM. Masa tu dialah antara model yang famous together with EsmaDanial, BadrulMuhayat and EdikaYusof. Silap2 ada yang tak kenal pun nama2 tu kan? Hehe.




Bila cerita Abang92 ni ditayangkan, ramai kakak2 senior kat kolej, berani untuk jatuh hati kat adik2 junior. Dan adik2 junior berani mengorat kakak2 senior. Bila nampak couple macam tu jer.. dapatla gelaran Abang92 ataupun Imran&FarahHanum. Kuat sungguh pengaruh cerita ni.. Huhu..

Aku berjaya jumpa semula cerita ni.. Ceritanya begini... Masa nak exam hari tu.. lepas penat2 study, aku gi masuk Youtube, saja je type Abang92 dalam kotak search tu. Titiba... taraaaaaaaaa!!! Ada you......! Ya Allah... seronoknya..... Rehat la kejap untuk tengok citer tu sikit2.. amik part yang best2 .. misalnya tulisan dengan spageti "Titiba2 spaghetti you rasa masam" tu.. etc..

Yang paling best.. adalah Part 9.. yang ada banyak dialog2 yang sangat synonym dengan cerita ni. Antara dialog yang paling fames adalah...


Dialog Abah & FarahHanum
Abah, apa dia love?
Love? Love Farah Hanum... ialah satu perasaan yang hanya boleh dirasai bila kita merasainya

Apalah abah cakap ni

Suatu hari kau akan merasai sesuatu rasa yang kau akan kenali sebagai LOVE sayang.

Dialog FarahHanum to Imran

Sekarang ni takpa lah... you 24... i 26.... not too bad..Tapi bila you 54... i 56..
you 64 i 66.. you masih lagi lelaki tampan.. i dah berkedut seratus..

Dialog Imran to Ustaz yang nak tangkap depa khalwat

Ostad (yea.. this is the way he pronounced it.. tak caya.. nanti leh tengok hehe)... boleh saya tanya sikit ostad, kalau kami berdua ditangkap khalwat, bolehkah ostad nikahkan kami malam ni jugak? <--- this is funny :-)

Klip ni tak boleh nak letak kat sini.. Embedding disable. Kalau nak tengok Part9 ni.. boleh klik di sini.. Cerita ni bawak kenangan terindah... saat ramai2 naik 'van sapu' untuk gi tengok wayang.. hehehe.. those were the days...


Salam kasih.

2 comments:

edzlin007 said...

penah tgk movie ni. azhar sulaiman memang hensem gile! dialog2 filem ni memang popular kan. saya kecik2 dulu slalu dibawa tgk wayang. cuma time tu tak paham pun, bila besar sikit tgk semula..tp mmg kenangan tgk cite camni

adibah said...

edzlin,

best kan? ceritanya simple.. tapi romantik.. Pandai tak masak spaghetti? Hehe