Friday, June 19, 2009

Kesan Kisah Silam


Satu hari, aku dan cousin aku duk sembang pasal student dia.. ex-student dia, yang masih lagi memakai seluar biru gelap ke sekolah.. yang sekarang ni, punyai masalah disiplin yang sangat serius. Bila dikaji, sebenarnya, dia ada masalah dalam keluarga.. anak yang tidak mendapat kasih sayang keluarga, ayah tak mau menyayang, ibu tak mau menjaga.. Kerana kurang kasih sayang, dia sanggup 'memberontak' semata-mata untuk mendapat perhatian dari guru2 dan teman2. Sayangnya.. kalau dibiarkan, akan tersia-sia masa hadapannya.. Aku rasa dia perlu dibantu.. oleh mereka yang sepatutnya membantu.. Mudah2an masa depannya akan dilindungi Allah sentiasa.. Amin..


gambar dari google image

Pengalaman hidup yang lepas-lepas selalunya mempengaruhi apa yang berlaku pada masa ini. Cuba lihat apa yang berlaku semasa kecilnya.. semasa remaja.. dan apa yang berlaku sekarang ni biasanya bersangkut paut. Jangan sangka anak2 kecil yang baru berumur 6-8 tahun tidak faham tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka. Kadangkala apa yang terjadi pada waktu itu, akan kekal dalam memori mereka hingga ke akhir hayat. Mereka akan ingat sampai bila-bila...



Kenapa aku tulis tentang ini ye? Hmmm......


Aku nak tulis tentang relationship sebenarnya... tentang relationship yang lepas2.. yang banyak mempengaruhi dan kadangkala sangat mempengaruhi keadaan relationship sekarang... aduhai...


Aku takut sebenarnya
Takut kalau2 apa yang aku buat itu salah
Takut apa yang aku kata itu bercanggah
Aku takut kehilangan
Dan aku mahu jadi yang terbaik
Dan aku juga tidak mahu sakit lagi..

Sekarang
Aku turut hati
Aku ikut naluri
Kau kata "Berdoalah..."


gambar dari google image


Aku berdoa
Berserah padaNya
Kerana Allah itu Maha Pengasih
Allah itu Maha Penyayang
Allah itu Maha Mengetahui

Moga yang akan datang ini..
Baik-baik saja.. Amin...




Kalian doakan untuk aku juga ya.. aku mohon. Terima kasih.




Salam kasih.

4 comments:

ciktipah said...

insyaAllah nok .... dan sentiasa ingat yang Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yg mengubah nasibnya. same goes to others gak.

kan?

adibah said...

ciktipah,

mudah2an.. Amin...

Edzlin said...

amin. harapnya anak itu dibantu sewajarnya. pd cik adibah jg.

adibah said...

Amin.. terima kasih Edzlin..