Tuesday, June 9, 2009

Konsert Konsert Konsert


Aku sedih... tiket konsert Lelaki Ini Anuar Zain, tinggal yang memahal je... yang memurah suma dah sold out katanya... adoii...!! Takpa, nanti aku nak beli masa last minute, mesti ada yang kensel.. kan? Bukan senang tau nak dapat tengok Anuar Zain perform kat Istana Budaya.. Bila aku mengelamun memikirkan kesedihan harga tiket yang mahal ittew... (kanda..i still nak pergi occay,, hiks.!).. aku teringat pasal konsert-konsert ni...

Sebenarnya.. aku pun pernah jugak buat konsert kat dewan besar kat Kajang tu.. dewan tu kecik je sebenarnya .. ngadap bangunan yang ada sate samuri yang femes tu... tapi masa tu aku baru 6 tahun... aku rasa dewan tu sangat lah besar... seperti Dewan Pilhamonik je gamaknyer...


Persembahan ni masa aku tadika. Dulu aku sekolah kat Holy Family Kindergarten, dalam kawasan gereja. Masa tu, lewat 70an, mana ada TASKA ke.. TAKSKI ke... KEMAS ke.. suma tarak occay..! Jadi, ramai la orang Melayu yang sekolah kat sekolah aku tu.. Elok jer kitorang.. takda pulak yang tersesat agama.. Alhamdulillah.. Pengetua kitorang omputeh, yang dipanggil Father. Aku dengar cerita, sekarang ni dah lain... takda sorang pun orang Melayu kat sana.. sebab dah alternative lain untuk sekolah tadika.


Berbalik semula kepada konsert, ini adalah persembahan aku yang pertama. Depan kitorang, father tu jadi konduktor. Aku lupa la lagu apa.. tapi aku still ingat part aku.. kena buat aksi orang main piano dan nyanyi "Pi ya ..pi ya.. piyano.. piya piya piyano.. piya piya piyanooo.. piya piyanoooooo". Sebelah kiri aku tu.. nama dia Ah Yen. Kenapa aku masih boleh ingat dia? Sebab dia anak nyonya tokey bas sekolah aku.

Ini pulak persembahan kedua aku.. Cuba tengok.. Concert 79 katanya... jangan nanti ada comment kata "kak, yang depan tu gambar Makcik saya... " haruslah aku rasa sedih kerana kertuaan. *sedey....!

Tajuk lagu adalah Bangau oh Bangau. Aku jadi penyanyinya okeh... nyanyian (ke jeritan?) adalah secara 'live'.. takda minus one segala masa tu.. Yang depan2 tu adalah pelakon2.. Sebagai contohnya, yang pakai baju Melayu tu pegang kayu.. untuk part "kayu api basah". Abang pakai baju Melayu tu.. dulu satu bas ngan aku.. kitorang pernah digosipkan berdua.. wakakakakakakaka... skrang gi mana ntah..! Huhu. Yang aku bulatkan tu.. aku tengok kat facebook, dah jadi pilot occay..! Wahh.. terrer2 kawan2 tadika aku..

Biasalah.. kalau konsert tadika, yang hadir rata2 mak bapak, adik beradik & family yang lain.. Jadi semuanya adalah peminat. Pengkritik tak ada. Walau kau nyanyi sumbang macamana pun tepukan gemuruhnya sama macam tepukan untuk Tokti. Semua excited, kamera berflash flash. Peminat menjerit2 panggil nama 'artis'. Huhu.



Berbeza dengan persembahan aku masa aku form 2, dengan kawan2 Girl Guide form 2&1, buat persembahan tarian kat depan Muzium Negara. Ada 2 show gak. Satu tu aku buat Bamboo Dance yang tarian lompat2 buluh tu.. kalo skrang ni.. silap2 buluh tu patah, CikTipah..! Ko jangan gelakkan aku!! :P

Yang ini adalah persembahan penutup, kami joget lagu La Bamba. Bila aku dengar lagu tu, mesti aku sengeh sorang2 mcm orang tengah borak tipon guna blutot. Seperti yang aku kata, berbeza dengan persembahan masa tadika. Ko tengok lah.. kitorang tengah semangat joget.. abang2 (pakcik2??) tiga orang tu boleh blah camtu jer...! Si A, B dan C ittew. Yang tak bleh tahan tu... abang C siap toleh tempat lain...!! Sampai ati ko bang...! Penat prektis tiap hari sebelum masuk sekolah taww..!! Sedeyyyy!!!!

Begitulah realitinya nasib seorang artis. Dalam ramai2 yang menonton persembahan tu.. bukan semuanya suka ..



Salam kasih.

4 comments:

Mrs Nurul said...

aww old skool siot , but nice!

PUTUBAMBU said...

hehehhe..comel jek..

kelakar kan bila tgk gambar2 lama ni...? nostalgia betul..!

adibah said...

Si Lampu Neon,

hehehhee.. tu lah kan.. zaman yang paling menyeronokkan..! huhu

nanti datang lagi ye.. si lampu neon..:-)

adibah said...

Putu,

hehehe.. memang lawak.. zaman paling best!!!